Pada 27 November 2014

HABIB telah ditawarkan untuk membeli sebidang tanah di Mukim 3784 Lot 2131 Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor di negeri Selangor. Tanah itu luasnya 5 ekar berharga RM1,000,000.00. Tawaran adalah dalam tempoh setahun yakni dari 27 November 2014 hingga 31 Disember 2015.

RM1,000,000.00

Memandangkan jumlah RM 1 juta itu besar dan tambahan kami belum ada nama didalam pasaran, kami mengambil keputusan untuk mendapatkan wakaf khas Perbadanan Wakaf Selangor(PWS) Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) bagi tujuan membeli tanah ini serta untuk mendapatkan keyakinan orang ramai.

Pada 31 Disember 2014

HABIB telah menghantar permohonan ke Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk mendapatkan wakaf khas bagi pembelian tanah 0.6135 hektar di Parit Mahang Jeram, Selangor.

5waka
7waka
6wakaf

Pada 16 April 2015

Alhamdulillah, permohonanan kami telah diluluskan.

Pada 7 Mei 2015

HABIB telah berdaftar secara rasmi sebagai institusi yang melaksanakan kutipan wakaf di bawah Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

Replika Cadangan Pembangunan Kompleks

Kami telah melantik beberapa individu dan organisasi untuk merancang dan menguruskan projek kompleks ini.

Pada bulan Mac 2015

Bermulanya Projek
Kompleks Maahad Habibullah
Al Hafiz

Kutipan dana untuk pembelian tanah

Lokasi di Parit Mahang Jeram ini tidak memberangsangkan dan kutipan terkumpul hanya adalah sekitar RM50,000 yakni 0.05% dari nilai tanah. Jadi HABIB telah membuat keputusan untuk memohon tanah-tanah Wakaf MAIS.

Alhamdulillah pada 27 Jun 2016, kami menerima surat menyatakan permohonan kami berjaya dan dikurniakan tanah wakaf di PT 250 HS(M)3251 mukim bukit raja daerah petaling untuk pembinaan madrasah, sekaligus wakaf khas pembelian tanah Parit Mahang Jeram ini dipindahkan ke tanah wakaf ini.

Maka, bermulalah projek KOMPLEKS MAAHAD HABIBULLAH AL HAFIZ di PT 250 HS(M) 3251 Mukim Raja Daerah Petaling.

Untuk merancang dan menguruskan projek kompleks ini, kami telah melantik beberapa individu dan organisasi.

Pada peringkat awal ini

Kami telah melantik En. Ashraf Hamzah dari District Line Studio sebagai projek coordinator untuk menyiapkan pelan dan pengurusan yang berkaitan. Tanah ini terletak dibawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Shah Alam.

Terdapat banyak halangan

Pada peringkat pertama ini, kami perlu menukarkan tanah ini dari pertanian ke komersial/industri.

Semua tabungan di PWS semasa pembelian tanah Parit Mahang Jeram telah dipindahkan ke tabung pembinaan Kompleks Maahad Habibullah di tanah wakaf PT 250 HS(M)3251 Mukim Bukit Raja Daerah Petaling.

Di antara halangan yang dihadapi ketika proses pengurusan status tanah adalah

  • Pilihanraya umum
  • Penukaran CEO PWS
  • Perlantikan Exco Negeri baru
  • Lokasi tanah yang diwartakan sebagai kawasan perumahan
  • Kutipan duit dari masyarakat ada kengkangan kerana dari segi surat kebenaran

Kami juga telah memohon untuk tukar syarat tanah sebanyak 2 kali, di mana yang pertama ditolak. Proses permohonan ini telah memakan masa 6-12 bulan.

Geran setelah ditukar syarat dari Pertanian ke Industri

Apabila kami mendapat penukaran syarat tanah, kami dikehendaki untuk membayar wang saliran dan peparitan. Setelah semua ini selesai, maka kini projek manager consultant kita adalah di dalam proses untuk memasuki Surat Kebenaran Membina (KM).

image02-1
image04-1
image05-1

STATUS KELULUSAN PERIHAL TANAH

7 Ogos 2020

  • Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan Tempoh 1 Bulan (Planner:CK Consult / Bermula 10/8/2020)
  • Planner Pra-consult: PTD,SYABAS,SKMM,TNB (Bermula 14/9/2020)
  • Dokumen Agensi Teknikal Terlibat IWK, JPS, TNB (Bermula 14/9/2020)
  • KM Serentak Submission to MBSA Online+Hardcopy (Bermula 14/9/2020)
  • Ulasan & Arahan Pematuhan (Berakhir 15/12/2020)
  • Target Obtain KM Approval (C1) Tempoh 3 Bulan (Berakhir 15/12/2020)
  • Permohonan Pelan Kejuruteraan Tempoh 1 Bulan (C&S CrestOne Consult / Bermula 10/8/2020)
  • Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan & Perparitan [Pra-consult Plans, Drawing & Documentations, KM Serentak Submission to MBSA Online+Hardcopy] (Bermula 14/9/2020)
  • Ulasan & Arahan Pematuhan (Berakhir 15/1/2021)
  • Target Obtain Pelan Kejuruteraan Approval (Berakhir 15/1/2021)

Kini bertarikh 15 Disember 2020, duit tabung simpanan adalah sekitar RM 100,000 setelah dibelanjakan sekitar RM 60,000 untuk rata tanah, fi konsultan, fi tukar syarat tanah & JPS

Harap maaf. Kerja baik pulih laman web sedang dijalankan. Anda mungkin akan melihat beberapa bahagian yang tidak lengkap sementara waktu. Terima kasih.