MONTAJ AMAL ISLAMI PITAS 2020
Peringkat Daerah Kuala Selangor
Aktiviti sebegini dapat meningkatkan keyakinan dan mengasah bakat pelajar-pelajar HABIB. Ini adalah untuk melatih mereka terus kehadapan dengan keyakinan yang tinggi serta pengukuhan ilmu yang mantap.
AKTIVITI BERSAMA MASYARAKAT
Antara aktiviti yang dijalankan bersama masyarakat setempat untuk membina ukhwah dan keperibadian anak-anak HABIB.







Majlis Ihtifal 2016 & Sambutan Maulidur Rasul
Ini semua tentang menghargai penghargaan pelajar yang sering bertungkus lumus untuk persembahan pada keluarga mereka.







Eid Fitr 2017
Sambutan ringkas bersama para ibu bapa, penaja serta seluruh ahli keluarga Maahad Habibullah Al Hafiz. Syukur di atas kesempatan menjalin ukhuwah.
Kenapa Perlu Beraktiviti?
Apabila badan dalam keadaan yang sihat dan cergas, sistem badan secara automatik akan berfungsi dengan lebih baik. Ini termasuklah emosi dan mood. Beraktiviti juga dapat:
- Mengurangkan stress pembelajaran
- Membentuk daya pemikiran kreatif
- Mengajar erti semangat berpasukan
- Mengajar erti kepimpinan
- Bawa ketenangan yang mendalam
YOUTUBE PREVIEW
Antara aksi anak-anak HABIB di ‘YouTube Channel’ kami. Kebanyakan dari video ini, anak-anak sendiri yang edit serta membuat konten sendiri.
Habib Voice
Alunan suara yang merdu daripada pasukan Nasyid Habib yang sering menghiburkan guru-gurunya.
Tilawah Al Quran
Program ini adalah Program Amal islami untuk mengasah bakat anak-anak HABIB dalam pembacaan tilawah Al-Quran.
Ucapan Hari Raya
Walaupun kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan, kreativiti anak-anak HABIB tidak pernah berkurang.
TAHUKAH ANDA
PASUKAN NASYID MAAHAD HABIBULLAH AL HAFIZ
Kami masih membina sebuah pasukan Nasyid Habib yang digelar HABIB VOICE yang disertai pelajar-pelajar HABIB serta alumni HABIB. Ini bertujuan untuk membina ukhwah bersama alumni serta pelajar yang sedia ada. Nantikan alunan Qosidah dan Nasyid daripada anak-anak kami di Facebook & YouTube Channel kami .