Maahad Habibullah Al Hafiz (HABIB) telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 7 Jun 2011 dengan nombor perakuan pendaftaran 13S (5)9/33 dan kini sedang beroperasi di No. 32-2, Lorong Az-Zaharah A10/A, Sinar Alam, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor. HABIB mempunyai 41 pelajar sepenuh masa (berasrama dan tidak berasrama). Bidang pengajian yang disediakan bermula 2019 diberi nama Pengajian Tahfiz Habibullah (PTH) yang mana mensasarkan tempoh pembelajaran selama 4 tahun.